fbpx

KPM ucap takziah atas pemergian Nuqman Naufal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nuqman Naufal

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, yang meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, Jumaat lalu.

Menurut KPM, pihaknya telah menyalurkan bantuan kebajikan kepada pihak keluarga pelajar berkenaan dan berjanji akan terus komited untuk memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian.

Dalam pada itu, KPM juga menggesa agar semua institusi pendidikan agar sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, murid Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang meninggal dunia pada Jumaat.

“Kami juga menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang pelajar sekolah menengah disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti rentas desa, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, pelajar lelaki yang berusia 14 tahun itu sempat dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan, namun disahkan meninggal dunia dua jam kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI