fbpx

[VIDEO] 15 tahun terpisah adik-beradik akhirnya berjumpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif bersama kakak-kakaknya yang terpisah selama 15 tahun.

PETALING JAYA – Seorang wanita sebak apabila hasratnya untuk bertemu dengan dua beradiknya yang terputus hubungan sejak 15 tahun lalu akhirnya tercapai.

Menurut wanita tersebut, Arinaa Adam, 38, mereka terpisah selepas arwah ibunya meninggal dunia kerana adiknya yang ketika itu berusia satu dan tiga tahun telah dijaga oleh saudara belah bapa tirinya yang tidak pernah dikenali.

Arinaa yang ketika itu berusia 18 tahun mula hidup bersendirian di Kuala Lumpur kerana terpaksa berjauhan dengan dua kakaknya yang sudah berkahwin dan ayah tirinya yang sudah terputus hubungan.

“Adik saya Alif Shafuan, 20, dan Anis Azati, 18, ialah dua beradik yang berlainan bapa akhirnya ditemukan ketika sedang dalam rancangan untuk mencari rumah dan beraya di rumah ayah tiri saya,” katanya.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Arinaa memeluk adik lelakinya dan terkejut kerana mengetahui Alif adalah pekerja di kedai makan yang selalu dikunjunginya.

“Apa yang menyedihkan kami, sejak adik darjah 5, kami rupanya tinggal dalam satu daerah sama sehingga umur dia menginjak 20 tahun. Kami saling tidak mengenali, terkejut bila tahu adik bekerja di restoran yang kami selalu makan,” ujarnya

Dalam pada itu, adik perempuannya, Anis, hanya sempat untuk berhubung melalui video call dan akan mengatur masa untuk berjumpa secepat yang mungkin.

Alif (tengah) bersama adik-beradik dan anak saudara.

Meninjau di ruang komen, pengguna sosial media turut bersedih dan tumpang gembira dengan wanita itu dan ada yang berkongsi pengalaman yang sama.

“Saya terpisah dari keluarga kandung saya dari kecil sampai sekarang tak jumpa. Sekarang saya duduk dengan mak angkat saya,” @Asyraf

“Dah jadi macam ini, agak bahaya juga bila kita tak kenal darah daging sendiri terutama bila nak nikah nanti,” komen @anarose2336

“Alhamdulillah, harap satu hari nanti saya pun dapat jumpa kaklong saya. 28 hidup tak pernah jumpa,” komen @apit7eventy6ix.

Sehingga kini video tersebut mendapat 1.3 juta tontonan, 51,800 tanda suka dan 518 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@arinaadam_bossAlhamdulillah,mesti Arwah mak kite tersenyum dik😭😭 … 15tahun berpisah ,Syukur Ya Allah.

♬ Air Mata Syawal_Siti Nurhaliza – Abg Jiwang_Official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI