fbpx

Tembikai ‘jumbo’ harga RM25 sebiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHAHRUL (kanan) menunjukkan tembikai bersaiz besar dan mampu mencecah 10 kilogram sebiji yang dijual di gerainya di Kampung Kubang Batang, Tumpat semalam. – ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Harga sebiji tembikai ‘jumbo’ boleh mencecah sehingga RM25 apabila buah tersebut dijual RM2.50 untuk sekilogram sejak lebih se­minggu lalu.

Meskipun pengeluaran tembikai meningkat semasa musim panas, harganya tetap naik sehingga menyebabkan pembeli berkira-kira untuk membeli buah itu.

Seorang peniaga tembikai, Mohd. Shahrul Iman Mohd. Saupi, 23, berkata, harga buah tembikai naik selepas Ramadan apabila ia dijual RM2 hingga RM2.10 sekilogram ketika itu.

Menurutnya, dia menjual tembikai pada harga RM10 untuk sebiji buah yang sederhana pada awal Ramadan lalu.

“Kenaikan harga tembikai berlaku selepas Ramadan apabila bekalan buah tersebut terpaksa dibeli dan diambil dari luar Kelantan.

“Tembikai dapat dijual pada harga yang berpatutan sebelum ini kerana saiznya kecil. Musim panas berterusan ketika ini memberi kesan kepada tumbesaran tembikai apabila saiznya lebih besar berbanding biasa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di gerainya di Kampung Kubang Batang, di sini semalam.

MOHD. SHAHRUL menunjukkan timbangan sebiji tembikai ‘jumbo’ mencecah 9.7 kilogram yang dijual di gerainya di Kampung Kubang Batang, Tumpat semalam. – ROHANA ISMAIL

Seorang lagi peniaga buah-buahan, Norhidayu Mohd. Nor, 38, berkata, buah tembikai agak mahal kali ini kerana buahnya besar dan bekalannya diperoleh daripada pembekal di luar Kelantan.

“Sebiji tembikai ketika ini dianggarkan 7 hingga 10 kilogram. Jadi, harganya mampu mencecah RM25 untuk sebiji buah.

“Apabila timbang harga sebiji tembikai, ia pasti melebihi harga RM20. Bagi mengelakkan pelanggan rasa harga jualan mahal, saya akan potong tembikai itu kepada dua atau empat bahagian.

“Jadi, satu daripada empat bahagian tembikai itu boleh dijual pada harga RM6.50,” ujarnya.

Menurutnya, dia menjangkakan harga tembikai akan naik kepada RM3.50 hingga RM4.50 sekilogram tidak lama lagi kerana jualan buah tersebut pernah mencecah anggaran harga tersebut kira-kira dua bulan lalu.

Katanya, harga jualan ketika itu naik ekoran kekurangan bekalan tembikai selepas musim tengkujuh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI