fbpx

Pelet plastik kitar semula dikesan mengandungi toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohideen menunjukkan pelet plastik kitar semula yang dikesan mengandungi toksik di Pejabat CAP, hari ini.

GEORGE TOWN – Pelet plastik kitar semula dari negara ini dikesan mengandungi kandungan bahan kimia toksik yang dikhuatiri mengancam kesihatan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, sebagai ahli International Pollutants Elimination Network (IPEN), CAP telah mengumpul plastik kitar semula (dipanggil pelet plastik) dan menghantarnya untuk analisa kandungan bahan kimia toksik.

Menurutnya, ujian itu telah dijalankan sekumpulan saintis di Sweden, Jerman dan Denmark dan data tersebut telah diterbitkan, baru-baru ini.

“Dalam sampel pertama dari Malaysia, sebanyak 107 bahan kimia telah dikesan manakala dalam sampel kedua sebanyak 111 bahan kimia telah dikesan dalam pelet plastik kitar semula.

“Sejumlah 95 bahan kimia terdapat dalam kedua-dua sampel. Daripada 30 bahan kimia yang dikesan pada kepekatan tertinggi, separuh adalah kesan daripada peringkat pengeluaran pelbagai jenis plastik.

“30 bahan kimia yang dikesan juga termasuk beberapa bahan bioaktif, termasuk racun perosak seperti chlorpyrifos, dan farmaseutikal. Di samping itu, terdapat tiga Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH),” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, dalam perbincangan di Perjanjian Plastik Global, sesetengah negara memilih pendekatan iaitu bergantung kepada kitar semula plastik sebagai kaedah penting untuk menyelesaikan krisis plastik.

Tambahnya, bahan kimia yang terdapat dalam plastik kitar semula mungkin mendedahkan pengguna kepada penyakit kanser, penyakit jantung, gangguan pembiakan, diabetes, obesiti dan keadaan kesihatan serius yang lain.

“Kawalan antarabangsa diperlukan lanjutan daripada perdagangan antarabangsa yang meluas dalam bahan kimia, plastik dan sisa plastik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI