fbpx

Hantaran jelik stoking kalimah Allah: Hukuman juruteknik batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wai Loong ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen, bulan lalu.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik aplikasi sosial selepas mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkaitan stoking kalimah Allah.

Hakim Datuk Ahmad Bache, membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan yang difailkan tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, selaku pemohon untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.

“Selepas mendengar hujah pihak-pihak, mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman dengan itu tertuduh diarahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan secara penuh.

“Tertuduh diarahkan dipertuduhkan semula tetapi dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen berlainan pada hari ini,” kata hakim itu semasa prosiding pendengaran semakan kes berkenaan.

Pada 22 Mac lalu, Wai Loong yang tular membuat hantaran bersifat jelik melibatkan isu penjualan stoking kalimah Allah dihukum penjara enam bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini.

Hakim Suzana Hussin ketika itu, menjatuhkan hukuman itu terhadap Wai Long, 35, yang merupakan juruteknik aplikasi sosial selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 20 Mac lalu dan penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu.

Mengikut pertuduhan, Wai Long didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac 2024.

Hantaran itu kemudian telah dibaca dan dilihat pada hari yang sama pukul 3.00 pagi di daerah Brickfields, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemilik akaun Facebook ditahan di sekitar kawasan dekat Cheras, di sini, susulan hantaran berunsur menghina Islam melibatkan isu penjualan stoking kalimah Allah, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain, berkata, suspek ditahan merupakan lelaki tempatan berumur 35 tahun dan merupakan pemilik akaun Facebook Chiok Wai Loong.

Terdahulu pihak KK Mart antara beberapa individu yang akan dipanggil polis untuk siasatan berhubung isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI