fbpx

20,000 penumpang di Sabah terjejas, penerbangan batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 20,000 penumpang yang memasuki serta keluar ke Sabah terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Labuan, Tawau dan Sandakan. Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Kira-kira 20,000 penumpang yang memasuki serta keluar ke Sabah terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Labuan, Tawau dan Sandakan.

Ia berikutan langkah keselamatan yang diambil syarikat penerbangan dengan membatalkan puluhan jadual penerbangan ke Sabah hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan memantau kesan letusan Gunung Ruang di Indonesia dari semasa ke semasa yang mengakibatkan pelepasan debu gunung berapi di udara hingga menjejaskan operasi penerbangan.

“Keselamatan adalah keutamaan kerana perkara paling penting ialah kita memberi keutamaan terhadap keselamatan rakyat kita. Letusan abu tebal dari gunung berapi itu dikhuatiri menjejaskan ruang udara sekitarnya termasuk di Sabah.

“Oleh itu, kita yakin langkah yang diambil oleh semua syarikat penerbangan dengan membatalkan sementara penerbangan ke negeri ini ialah pendekatan terbaik ketika ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia sejak pagi tadi membatalkan sebahagian besar penerbangan ke Sabah berikutan letusan Gunung Berapi Ruang di Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Berdasarkan maklumat dimuat naik kedua-dua syarikat penerbangan itu, sekurang-kurangnya 27 penerbangan di Sabah dan sebanyak lapan penerbangan di Sarawak turut dibatalkan sejak pagi tadi dan dijadualkan semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI