fbpx
SETIAP kebaya yang ditampilkan disuntik dengan elemen ‘quirky’ supaya kelihatan lebih menarik.

Rai kepelbagaian rekaan kebaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAJU kebaya yang merupakan pakaian tradisional berasal dari Jawa, Indonesia cukup terkenal sejak sekian lama.

Menariknya, kebaya turut popular di negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Busana itu mempunyai pesonanya yang tersendiri kerana memiliki potongan menarik, sekali gus menyerlahkan keanggunan wanita.

Biarpun begitu banyak versi baju raya moden yang diperkenalkan seiring peredaran zaman, namun baju kebaya potongan klasik tetap menjadi pilihan untuk digayakan sempena meraikan lebaran.

Pereka fesyen terkenal, Melinda Looi berhasrat meraikan rekaan busana kebaya menerusi kempen Aidilfitri tahun ini iaitu ‘Cabaya: The Robe of Honor’.
Ujar Looi, kempen tersebut sebagai meraikan budaya Malaysia yang kaya dengan menampilkan seleksi kebaya dalam pelbagai versi.

“Bagi meraikan kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia, koleksi Cabaya menampilkan kebaya moden penuh inovatif dan lebih ranggi.

“Koleksi ini juga menampilkan gabungan fabrik menarik seperti kapas, baldu dan renda yang mampu menyerlahkan gaya si pemakai,” katanya.

Koleksi Cabaya menampilkan pelbagai rekaan kebaya klasik dan moden yang sesuai digayakan sepanjang musim perayaan ini.

Looi yang terkenal dengan gaya ‘quirky’ (unik) turut menyuntik elemen tersebut pada setiap busana kebayanya supaya lebih moden.
Setiap koleksi yang diperkenalkan itu dipadankan bersama kain pareo motif batik.

“Pemilihan warna-warna seperti merah, hijau gelap, hitam dan putih memberikan gaya lebih ‘hidup’ kepada busana klasik ini,” ujarnya.

Selain itu, Looi amat sinonim dengan gaya ‘print on print’ atau busana bermotif yang dipadankan bersama pakaian motif berlainan.

Elemen padanan motif berlawanan turut diterjemah bagi koleksi Cabaya bagi menyerlahkan gaya signatur dan estetika.

Rekaan ‘Lace Fitted Kebaya with Sarong Gathered Skirt’ dihasilkannya dengan menggabungkan dua rekaan berlawanan yang digayakan bersama.

Kebaya bersulan hitam dan perak nampak berseri apabila digayakan bersama kain pareo motif batik dalam rona senada.

‘Kebaya Labuh with Floral Lace and Batik Slit Skirt’ pula menampilkan rekaan kebaya labuh rona putih dengan perincian sulaman warna-warni.

Ia dipadankan bersama kain pareo batik dengan rona-rona terang.

Hasilnya, pemakai akan nampak berseri dan tampil berbeza tatkala berkunjung ke rumah terbuka ketika Aidilfitri ini.

Rekaan ‘Embroidered Cotton White Kebaya Labuh’ pula menampilkan kebaya labuh daripada fabrik kapas dengan motif bunga-bunga kecil.

Padanan skirt rona hijau lembut dengan motif batik yang tidak terlalu menonjol menjadikan pemakai tampak ayu dan anggun pada musim perayaan.

Koleksi Cabaya ini boleh didapati menerusi laman web rasmi Melinda Looi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN