fbpx

Projek SASaR ATM Sungai Besi siap tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Khaled (empat kiri) melihat replika rumah Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Sungai Besi selepas melakukan lawatan ke tapak perumahan di Plantinum South Valley (PSV) Sales Gallery. Foto FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sungai Besi dijangka siap pada hujung tahun hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek yang menawarkan sebanyak 3,500 unit rumah pangsa di kawasan seluas 11.95 ekar itu telah siap 65.51 peratus, 21 hari lebih awal berbanding yang dijadualkan.

Beliau berkata, proses dokumentasi perjanjian jual beli telah bermula secara berperingkat sejak 2 Mei 2022.

“Seperti sedia maklum, soal perumahan bagi anggota tentera merupakan satu perkara yang diberi tumpuan dan penekanan oleh pihak kerajaan.

“Antara program-program perumahan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan, pertama ialah program Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), kemudian penyelenggaran yang banyak saya buat lawatan sebelum ini dan hari ini ialah program SASaR,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Tapak Perumahan Projek SASaR Sungai Besi, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, projek itu merupakan satu ‘projek rintis’ yang dibuat di tiga kawasan iaitu di Kem Sungai Besi, Kem Wardieburn dan Kem Pusat Latihan Polis (Pulapol), Setapak.

“Kerja-kerja pembinaan dua lagi projek SASaR dijangka bermula pada Julai ini.

“Sebagai projek rintis, kita gunakan ini untuk kita melihat kepada pelaksanaan dan kejayaan sebelum kita boleh merancang untuk dilaksanakan di tempat-tempat lain di seluruh negara,” katanya.

Secara keseluruhannya, sebanyak 10,874 unit rumah akan tersedia melalui tiga Projek Perumahan SASaR tersebut.

“Ini bermakna, soal kebajikan anggota itu merupakan fokus yang sangat penting diberikan oleh pihak kerajaan dan kementerian dan dalam usaha untuk memastikan pelaksanaan rumah dan penginapan yang baik, kerajaan telah memberi perhatian pada soal penyelenggaran dan juga pembinaan rumah kakitangan angkatan tentera.

“Pasukan Projek SASaR akan terus mempergiatkan promosi kepada pegawai, anggota lain-lain pangkat, veteran dan awam kementerian melalui ‘road tour’ mulai Mei hingga Disember 2024 di markas-markas Formasi dan pasukan setempat di seluruh negara,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI