fbpx

Lelaki Pakistan kekal kena jel 12 tahun ‘aniaya’ budak 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Pakistan kekal dipenjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilacurkan bapanya dalam kejadian enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Roszianayati Ahmad memutuskan demikian terhadap Yousaf Gul, 39, selaku perayu selepas mendapati tiada keperluan untuk Mahkamah Tinggi mengusik dapatan dan keputusan Mahkamah Sesyen Putrajaya sebelum ini.

Pengekalan hukuman itu juga selepas Mahkamah Tinggi turut mengambil kira pengakuan salah yang dibuat perayu di Mahkamah Sesyen itu selain perayu menjalani pemulihan dan pengawasan polis selama tiga tahun setelah selesai hukuman.

“Mahkamah Tinggi meneliti alasan penghakiman Mahkamah Sesyen dalam mempertimbangkan hukuman terhadap perayu (Yousaf), Mahkamah Tinggi mendapati ia adalah dalam ruang lingkup prinsip undang-undang penghukuman.

“Mahkamah Sesyen mempertimbangkan semua faktor untuk mencapai kepada suatu hukuman yang setimpal. Hukuman dan perintah diberikan bukan suatu yang melampau,” katanya.

Hukuman itu bermula dari tarikh perayu ditangkap pada 14 Julai 2020.

Selain itu Roszianayati berkata, pengakuan salah perayu adalah betul dan selamat apabila selepas meneliti nota keterangan, jelas menunjukkan bahawa tertuduh antara orang yang merogol mangsa.

“Keterangan menunjukkan mangsa dilacurkan oleh bapanya yang juga saksi dalam kes ini. Mangsa mengecamkan perayu sebagai orang yang merogolnya,” kata Roszianayati dalam alasan penghakiman bertarikh 1 April lalu dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-kehakiman.

Menerusi sistem kehakiman itu, turut dijelaskan perayu telah mengaku salah tanpa syarat setelah kes dijalankan dengan pemanggilan lapan orang saksi.

Ia di mana perbicaraan telah diterangkan kepada perayu dalam bahasa ibundanya iaitu Pashto dan perayu telah memilih untuk mengaku salah.

Mengikut pertuduhan, Yousaf didakwa merogol kanak-kanak perempuan berkenaan di sebuah kondominium di Batu 9 Cheras, Hulu Langat, pada November 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d).

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI