fbpx

Nigeria digemparkan penyakit misteri, 4 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT orang meninggal dunia selepas menghidap penyakit misteri di Sokoto. - AFP

ABUJA – Pengamal-pengamal perubatan profesional berusaha mencari punca penyakit misteri yang menyebabkan empat orang meninggal dunia di Nigeria, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Penyakit misteri itu menampilkan simptom seperti demam, muntah dan perut membengkak. Ia telah menjangkiti lebih 150 orang setakat ini.

Penyakit misteri itu dilaporkan hanya dikesan di Sokoto, di barat laut Nigeria.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) diketuai oleh Dr. Jide Idris berkata, pasukan tindak balas pantas telah dihantar ke kawasan itu.

Beliau memberitahu sidang akhbar: “NCDC mengerahkan Pasukan Tindak Balas Pantas Kebangsaan untuk menyiasat insiden ini. Setakat ini, sebanyak 164 kes disyaki telah dikenal pasti.”

Mengesahkan bahawa empat kematian telah direkodkan, majoriti pesakit adalah kanak-kanak berumur antara empat hingga 13 tahun, lapor portal berita Daily Mirror pula.

Menurut Idris, sampel darah pesakit menunjukkan kandungan logam yang tinggi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI