fbpx

6 kereta musnah terbakar akibat pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan enam buah kereta disebabkan daripada pembakaran longgokan kayu yang dilakukan pada jarak 13 meter dari lokasi kejadian.

LIMBANG – Enam buah kereta yang diletakkan di kawasan luar sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Taman Desa Babahanan, di sini musnah terbakar disebabkan oleh pembakaran terbuka longgokan kayu berhampirannya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 2.54 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.

“Kejadian mengakibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah Suzuki Vitara terbakar 100 peratus.

“Kebakaran berpunca daripada pembakaran longgokan kayu yang dilakukan pada jarak 13 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula, pam jentera dan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Bagaimanapun, katanya kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan serta kemalangan jiwa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI