fbpx

Edar dadah guna kotak minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA minuman kotak dicampur dadah yang dirampas pihak polis di Kuantan.

KUANTAN – Taktik mencampurkan dadah dengan jus dan menggunakan kotak minuman gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila polis menumpaskan sindiket pengedaran bahan terlarang itu baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam dua serbuan di sekitar daerah ini pihaknya menahan seorang lelaki sekali gus menumpaskan kegiatan pengedaran dadah berasaskan jus minuman.

“Dalam serbuan tersebut Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menahan lelaki berusia 42 tahun dipercayai terlibat dalam aktiviti jenayah tersebut untuk edaran pusat hiburan di sekitar Kuantan.

“Hasil serbuan, kita merampas 50 cawan jus minuman berisi bahan campuran dadah dan 75 kotak jus minuman pelbagai perisa yang dicampur dadah bernilai RM35,300,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod kes dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI