fbpx

Tinggalkan Dolla, Syasya kini berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas mengundurkan diri daripada Dolla, Syasya mengejutkan peminat apabila tampil bertudung pada hari raya pertama.

Perkongsian ibu kepada pemilik nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal iaitu Riena mengundang pujian ramai sebaik video berada dalam kereta dipercayai mahu beraya tular itu dalam laman sosial.

Walaupun tanpa sebarang keterangan, imej sopan penyanyi berusia 23 tahun itu mencetuskan pelbagai reaksi terutama selepas sebuah akaun TikTok berkongsi pula video tersebut.

Rata-rata netizen mendoakan agar perubahan ditunjukkan Syasya terus berkekalan, selain membuat spekulasi gadis terbabit mahu menyertai pertubuhan keagamaan.

“Masa dia keluar Dolla sudah terfikir entah-entah dia nak berubah ke arah kebaikan. Harapnya yang aku fikir jadi kenyataan,” kata peminat.

“Pada saya kalau dia keluar Dolla dengan niat berubah saya sokong. Nak berubah bukan senang,” tulis seorang netizen.

“Teringat komen seseorang yang mendakwa Syasya keluar Dolla sebab nak masuk tabligh,” ujar pemilik akaun TikTok lain.

Begitupun, syarikat pengurusan kumpulan yang ditubuhkan pada 2019 itu hanya memaklumkan Syasya menarik diri disebabkan hal peribadi.

Berita tersebut menjadi polemik dalam kalangan peminat tegar kumpulan terbabit kerana keputusan Syasya dibuat ketika nama mereka di puncak gemilang.

Selain Syasya, Dolla yang meraih populariti sehingga ke Indonesia, Singapura, Brunei, United Kingdom dan China turut dibarisi Sabronzo, Tabby dan Angel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI