fbpx

Kedah, Perlis ‘panas lit lit’ 1 Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi 10 kawasan di empat negeri, hari ini.

Menurut kenyataan, status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah selsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Antara negeri yang terkesan ialah Kedah meliputi kawasan Baling, Sik, Kuala Muda, Pendang, Pokok Sena dan Kubang Pasu.

“Amaran sama turut dikeluarkan untuk seluruh negeri Perlis serta di Gua Musang, Kelantan,” katanya.

Di Sarawak, amaran cuaca panas tahap satu dikeluarkan bagi kawasan Mukah dan Selangau.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI