fbpx

UAE umum tol, parkir percuma sepanjang cuti Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYARAN tol dan parkir adalah percuma sepanjang cuti Aidilfitri di Abu Dhabi. - AFP

ABU DHABI – Bayaran tol dan parkir sempena cuti Aidilfitri di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) adalah percuma mulai semalam sehingga Ahad ini, lapor laman berita Gulf News.

Berita gembira itu diumumkan oleh Pusat Pengangkutan Bersepadu (ITC), Jabatan Perbandaran dan Pengangkutan (DMT).

UAE sebelum itu mengumumkan bahawa tarikh 1 Syawal jatuh pada esok, Rabu.

Menteri Keadilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan, Abdullah Sultan bin Awad Al Nuaim berkata, anak bulan Syawal tidak kelihatan pada petang kelmarin, menyebabkan Aidilfitri disambut esok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI