fbpx

Amorim mungkin ke Liverpool tinggalkan Sporting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM beri bayangan tinggalkan Sporting untuk menerima tawaran lain termasuk Liverpool yang inginkan khidmatnya. - AFP

LONDON – Jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim enggan menyatakan komitmen masa depannya bersama pasukan itu selepas dikaitkan dengan jawatan sebagai pengganti Jurgen Klopp di Liverpool.

Minggu lalu menyaksikan Liverpool terpaksa menelan kekecewaan selepas calon utama mereka, Xabi Alonso menyatakan pendirian untuk kekal bersama Bayer Leverkusen menyebabkan Amorim kini menjadi calon di kedudukan teratas.

Amorim berjaya mengemudi Sporting untuk mara ke pentas final Piala Portugal apabila membenam seteru utama, Benfica serta membantu pasukan itu menerajui carta Liga Primeira Portugal dengan kelebihan satu mata, namun kekurangan satu perlawanan berbanding pencabarnya itu.

“Tidak, saya tidak boleh berikan jaminan. Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai masa depan saya. Namun, saya tidak akan mempersoal atau memberikan apa-apa tekanan kepada Sporting, saya banyak terhutang budi dengan mereka,” kata Amorim.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa pengendali berusia 39 tahun itu terbuka untuk mencuba nasib di Liga Perdana Inggeris, malah ejennya juga diarah untuk menilai beberapa peluang yang ada.

Sumber juga memberitahu bahawa Amorim hampir pasti akan meninggalkan Sporting pada musim panas nanti terutama jika mereka berjaya mempertahankan gelaran juara liga buat kali kedua berturut-turut.

Amorim juga berkongsi ejen yang sama iaitu Raul Pais Da Costa yang juga wakil kepada penyerang Liverpool, Luis Diaz menyebabkan urusan rundingan mungkin menjadi lebih mudah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI