fbpx

Tractors Malaysia bersama empat syarikat sumbang RM80,000 kepada WAO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thiam Huat (kanan) pada majlis penyerahan sumbangan kepada wakil WAO di ibu pejabat syarikat di Puchong baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tractors Malaysia, pengedar eksklusif Caterpillar di bawah Sime
Darby Industrial Sdn Bhd (SDISB), telah bekerja sama  dengan empat syarikat iaitu
Nestcon Infra Sdn Bhd, Landhon Builders Sdn Bhd, Seri Pajam Development Sdn Bhd dan
Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd.

Kerjasama tersebut adalah untuk memberi sumbangan sebanyak RM80,000 kepada Pertubuhan
Pertolongan Wanita (WAO).

WAO adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang merupakan organisasi terbesar
yang menjaga kepentingan dan memberi perlindungan kepada mangsa keganasan domestik
di Malaysia. Misinya ialah untuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan
menggalakkan kesaksamaan jantina.

Pengarah Urusan Perindustrian Asia Tenggara SDISB, Liew Thiam Huat berkata, ini adalah inisiatif dan komitmen SDISB untuk menyokong inisiatif yang menggalakkan kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita.

Menurut beliau, sumbangan tersebut dikumpulkan menerusi usaha  Tractors Malaysia dengan empat pelanggan utamanya dengan menyewa Caterpillar 323GX Hydraulic Excavator (Jentera
Pengorek Hidraulik) berwarna ‘ungu’.

Ia juga adalah untuk membiayai program She Rises (Wanita Bangkit)  yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa bertema Inspire Inclusion (Mendorong Keterangkuman).

“Sumbangan kepada WAO mencerminkan komitmen SDISB terhadap tanggungjawab sosial
korporat dan kepercayaannya dalam kuasa tindakan bersama untuk mendorong perubahan
positif.

“Dana yang disalurkan akan membantu WAO dalam misinya untuk memberikan
sokongan dan tempat perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak yang terkesan akibat
keganasan domestik dan memperjuangkan hak wanita di Malaysia.

“Di SDISB, kami mengiktiraf betapa kepentingan mewujudkan persekitaran terangkum di mana semua orang, tanpa mengira jantina, mempunyai peluang saksama untuk berkembang maju di
tempat kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI