fbpx

Lemang Sungai Rengas terjual 200 batang sehari sejak 1 Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kiri) sedang menyiapkan tempahan lemang pelanggan di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Biarpun mengalami kenaikan RM1 sebatang, lemang Sungai Rengas tetap menjadi pilihan dengan lebih 1,000 tempahan telah diterima untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada lusa.

Pengusaha Lemang Warisan Sungai Rengas, Ismail Bakar, 58, berkata, dia tiada pilihan menaikkan harga lemang jualannya sejak awal Ramadan lalu ekoran kenaikan kos bahan mentah.

“Bahan asas pembuatan lemang iaitu sekampit beras pulut 10 kilogram (kg) telah naik RM48 daripada RM43 manakala buluh pula boleh mencecah RM9 sebatang berbanding RM3 sebelum ini.

“Oleh itu, saya terpaksa menaikkan harga lemang RM1 antara RM5 hingga RM20 sebatang mengikut saiz,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Rengas di sini hari ini.

Ismail bersyukur rata-ratanya pelanggannya memahami dan tetap memberi sokongan terhadap Lemang Warisan Sungai Rengas yang telah diusahakan keluarga sejak lebih 40 tahun lalu.

Dia memberitahu, setakat ini, hampir 6,000 batang lemang atau lebih 200 sehari terjual sejak 1 Ramadan lalu.

“Saya juga sedang sibuk menyiapkan lebih 1,000 tempahan pelanggan bagi Hai Raya Aidilfitri pada Rabu depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI