fbpx
Pengawal keselamatan warga asing banyak ditempatkan di kawasan kediaman mewah selain pusat beli-belah. – GAMBAR HIASAN

Jaga pusat beli-belah kena tahu bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

BARU-baru ini, saya dan keluarga berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di ibu negara. Memandangkan musim perayaan, keadaan di premis tersebut agak sibuk dengan kehadiran ramai pengunjung.

Situasi itu menyebabkan kawasan parkir yang terletak di tingkat bawah bangunan sesak teruk. Masing-masing ingin berebut untuk mendapatkan petak meletakkan kenderaan.

Dalam keadaan kalut seperti itu, berlaku beberapa insiden apabila palang di laluan mengambil tiket parking gagal berfungsi dengan baik. Selain itu, mesin pembayaran tiket juga tidak banyak sehingga orang ramai terpaksa beratur panjang.

Isu berlaku apabila pengawal keselamatan warga asing yang bertugas gagal mengendalikan situasi dengan baik.

Semuanya gara-gara kegagalan petugas berkenaan untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Segala persoalan dan aduan yang diberikan tidak mendapat respon yang sepatutnya sehingga ada pengunjung yang hilang sabar.

Mungkin, sudah sampai masanya pihak syarikat keselamatan untuk memberikan latihan kepada para petugas asing bagi memastikan mereka mampu memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

ZABIDI
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN