fbpx

Dua lelaki disyaki simbah petrol, bakar Hilux diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Toyota Hilux milik mangsa yang terbakar di tepi Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu, Ara Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

PETALING JAYA – Polis giat mengesan dua penunggang motosikal disyaki menyimbah minyak petrol sebelum membakar sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux di tepi Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu, Ara Damansara, di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 11.45 malam itu menimpa lelaki berusia 56 tahun yang bekerja sebagai kontraktor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, dua lelaki menaiki sebuah motosikal berhenti di bahagian hadapan kereta itu dan terus menuang cecair disyaki petrol sebelum ia terbakar.

“Ketika kejadian mangsa tiada di dalam kereta dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki melalukan perbuatan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan dan mangsa memberitahu tidak bermusuh dengan sesiapa serta tidak mengesyaki mana-mana pihak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI