fbpx

[VIDEO] Abang APM bersahur sambil kejar tapir terlepas kandang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapir yang terlepas dari Zoo Johor

PETALING JAYA – Tular di laman TikTok, video sekumpulan anggota pertahanan awam APMM, mengejar seekor tapir yang terlepas dari kandangnya di sebuah Zoo di Johor.

Menerusi perkongsian video itu @Melorazz, haiwan mamalia tersebut yang dikenali sebagai Malayan Tapir atau tenuk Malaysia berjaya ditangkap selepas dikepung oleh anggota APMM yang cuba untuk memaksanya menuju ke arah zoo semula.

“Orang nak sahur, mereka (anggota APMM) dapat kes tapir pukul 3 pagi. Berkicap (berpeluh) masing-masing nak halau dia (tapir) masuk zoo balik,” ujarnya di dalam video.

Kisah itu turut dikongsi APMM Johor yang memaklumkan mengenai kejadian tapir terlepas ketika waktu bersahur di hantaran Facebook rasminya.

“Tragedi sebelum bersahur, anggota APM daerah Johor Bharu yang bertugas Ops Prihatin sedang mengalihkan seekor tapir yang terlepas dari Zoo Johor dan berkeliaran di Jalan Gertak Merah, Johor Bharu pada pukul 3.15 pagi tadi,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan kecomelan haiwan tersebut berlari-lari.

“Comel sungguh lah si tapir tu dengan abang-abang sekali kena exercise waktu-waktu sahur macam tu. Itu tanda yang Zoo Johor dah nak buka,” komen Rasyiedah.

“Bukan tapir ni jinak ke? Gosok-gosok leher dia lepas tu dukung je,” ujar Cherry_Berry.

“Zoo belum buka lagi, dia dah keluar dulu..bosan katanya duduk lama dalam zoo tu. Kasi santai lah kejap,” kata Che Nem berikutan Zoo Johor yang dikhabarkan belum dibuka untuk orang ramai. – KOSMO! ONLINE

@mommygila Good job korang👍🏻👏🏻 Tapir pun nak balik raya😬#Ramadhan #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #funny #fypシ #apm #johor ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI