fbpx

‘Saya tak guna duit kerajaan untuk bayar gaji pemain bola sepak’ – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain KDA FC giat menjalani latihan pramusim 2024/2025 meskipun pengurusan terpalit isu tunggakan gaji tahun lalu. - Foto ihsan FB KDA FC

KERAJAAN negeri Kedah kekal dengan pendirian untuk tidak menyalurkan dana tambahan buat kelab Kedah Darul Aman (KDA FC) untuk melangsaikan hutang tertunggak meskipun Sang Kenari berisiko disingkirkan daripada Liga Super musim 2024/2025.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan telah menyalurkan bantuan sebanyak RM16 juta melalui Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada KDA FC sejak kelab itu ditubuhkan.

Beliau yang juga Presiden KFA menegaskan, sumber kewangan untuk membiayai pengurusan pasukan bola sepak berkenaan boleh dicari melalui kaedah lain berbanding suntikan modal daripada kerajaan negeri.

“Saya tak guna duit kerajaan untuk bayar gaji bola sepak, sama juga tak guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji pekerja dalam syarikat.

“Selama ni kita bantu KDA FC melalui KFA. Sejak mula KDA FC ditubuhkan sampai sekarang ini, KFA sudah bantu sebanyak RM16 juta, ingat sikit ka? Lepas itu ada yang kata kita tak tolong.

“Polisi itu sangat mudah, duit bola kita cari duit lain,” katanya mengulas masalah baki tunggakan gaji yang belum diselesaikan KDA FC.

Sebagai rekod, pengurusan KDA FC telah diberikan talian hayat hingga 20 April ini sekiranya masih memasang impian untuk kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024/2025.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu telah menerima malang berganda apabila dipotong tiga mata selepas gagal melunaskan sebahagian tunggakan gaji pemain dan pegawai sebelum tarikh akhir 30 Mac lepas.

Minggu lalu, Persekutan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut mengharamkan KDA FC daripada melakukan sebarang pendaftaran pemain baharu pada jendela perpindahan ekoran kegagalan melunaskan gaji bekas pemain import, Kipre Tchetche. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI