fbpx

Lelaki maut kereta dipandu bertembung pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Manggaris Kota Marudu pagi tadi. -Foto JBPM

KOTA MARUDU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Manggaris Kota Marudu pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Jailip Madapun, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah pada anggota badan.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima laporam tentang kemalangan terbabit pada pada pukul 8.50 pagi.

Beliau berkata, laporan diterima adalah kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubshi Triton dan Proton Saga.

“Terdapat seorang mangsa tersepit dalam kereta Proton Saga. Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang tiba di lokasi terus menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kemalangan sebelum mayat pemandu itu diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Riki Mohan memaklumkan pemandu dan penumpang Mitsubshi Triton hanya mengalami cedera ringan dan sudah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut bersama tiga mangsa lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI