fbpx

Lakonan ‘classy’ Sarimah dipuji ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lama tidak muncul di kaca televisyen, Sarimah membuktikan lakonannya sangat berbekas di mata penonton menerusi drama rantaian, Lelaki Itu.

KEMUNCULAN semula pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim dalam drama Lelaki Itu memegang watak antagonis bernama Qaidah, memang kuat impaknya.

Kalau sebelum ini Sarimah selalu dibayangi watak-watak ‘gedik’, tapi kemunculan semula pelakon berdarah kacukan itu dengan sisi berbeza, mencetuskan keterujaan ramai, kerja lakonan semakin mantap.

Diva pun terpegun dengan lakonan Sarimah yang nampak sangat ‘classy’, walaupun memegang watak jahat dalam drama Lelaki Itu.

Dapat juga melepaskan rasa rindu melihat Sarimah menghiasi kaca televisyen, selepas sekian lama tidak berlakon dalam mana-mana naskhah, sejak mendirikan rumah tangga.

Dengan kemunculan semula tersebut, peminat mula berharap ibu anak satu terus aktif berlakon dalam karya seterusnya, terutama drama kekeluargaan yang sarat isu.

DIVA: Ramai rakan selebriti muncul dengan pembelaan terhadap nasib pelakon Bella Astillah apabila dicurangi suami sebanyak 11 kali!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI