fbpx

‘Sekarang baru nak ingat kami?’ – Keluarga bidas Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masalah perkahwinan Bella dan Aliff masih menjadi topik perbualan ramai peminat sehingga kini.

PETALING JAYA – “Kau lebih pilih dia dan sanggup hilang keluarga.”

Itu antara pendedahan seorang wanita bernama Aira Rasyida, dipercayai ahli keluarga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang tampil mempertahankan tuduhan ke atas adiknya, Eriqa Astillah.

Menerangkan situasi sebenar yang berlaku selepas Bella membuka mulut, Aira seolah-olah meluahkan rasa geram dan marah dengan menyifatkan Bella sebagai artis bodoh kerana mempertahankan suami yang disifatkan bernafsu buas, berbanding ahli keluarga sendiri.

“Suami kau dah buat teruk dengan keluarga, laki kau goda-goda dan ‘ayat’ budak mentah tu (Eriqa Astillah), tapi kau masih menyebelahinya.

“Perbuatan kau ini susah untuk aku maafkan. Kau sanggup bermusuhan dengan kami, sedangkan laki kau yang hancurkan keluarga,” tulisnya.

Dedah individu itu lagi, kejadian itu berlaku selepas Bella sendiri melantik Eriqa sebagai pembantu peribadi kepada Aliff, sedangkan dia tahu perangai buas lelaki itu.

Lebih menyakitkan hati apabila Bella lebih memilih untuk menyebelahi suaminya, berbanding adik sendiri sehingga sanggup kehilangan ahli keluarganya.

“Budak (Eriqa) itu kau yang jaga. Kau jadikan pembantu peribadi untuk suami kau, sedangkan kau tahu lelaki itu bernafsu buas.

“Sekarang baru nak ingat keluarga?” tegasnya.

Atas apa yang terjadi, Aira berkata, dia sebenarnya sudah lama menyimpan dendam terhadap Aliff dan mahu ‘mengajar’ lelaki itu sejak dari dulu lagi.

“Sejak dulu aku nak bertindak dan nak belasah dia. Tapi kau jadi bodoh. Ini semua salah suami kau.

“Kalau kali ini kau masih lagi dengan lelaki itu, aku sanggup tidak hadap (jumpa) kau sampai mati,” katanya.

Dalam hantaran berbeza, Aira percaya apa yang berlaku ke atas rumah tangga Bella adalah disebabkan oleh kifarah (balasan) atas perbuatannya mengaibkan keluarga sendiri.

“Bukan setakat aib adik sendiri, aib seluruh keluarga dia kongsikan. Allahuakbar, ingatlah, setiap perbuatan akan kena diri sendiri.

“Maka, terimalah kifarah ini,” katanya.

Baru-baru ini, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30 mendedahkan hal mengejutkan mengenai suaminya yang dikatakan pernah curang dengan adik iparnya sendiri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI