fbpx

PMX ‘terjah’ Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika adakan lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Pulau Pinang semalam.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengadakan satu sesi lawatan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Jelas Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook beliau sebentar tadi, lawatan mengejut itu diadakan adalah untuk melihat sendiri pengurusan dan fasiliti lapangan terbang serta penugasan anggota khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Saya sampaikan pesanan supaya semua anggota bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.

“Pastikan tiada lagi kecurangan dalam kalangan anggota yang boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara,” tulis beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI