fbpx

Sekali telefon rugi RM230,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang lelaki mengalami kerugian hampir RM230,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan keuntungan tinggi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia 30-an itu menyatakan dia menerima satu panggilan dari nombor telefon tidak dikenali pada 15 Januari lalu.

“Suspek mengaku sebagai wakil khidmat pelanggan sebuah syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas untuk mendapatkan keuntungan tinggi.

“Terpengaruh dengan tawaran itu, mangsa telah membuat 11 transaksi berjumlah RM229,5134.38 ke pelbagai akaun yang diberikan oleh suspek. Mangsa menyedari telah ditipu setelah gagal mengeluarkan modal dan keuntungan yang dijanjikan,” katanya.

Berikutan itu, Abdul Malik berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut.

Beliau sehubungan itu menasihatkan orang awam agar membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI