Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga tercinta di Selayang Baru, Selangor dan Paroi, Negeri Sembilan. Tidak lupa juga kepada sanak saudara, sahabat handai, warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, penaja pengajian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua yang mengenali diri kami.
Daripada: Wan Faizatul Azirah Ismayatim, Muhammad Bukhari Amirrudin dan seisi keluarga
Lokasi: Edinburgh, Scotland
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada isteri tercinta, Haslina Zulkifly serta anak-anak. Kepada ibu bapa, Yusof Idrus dan Sakilah Mat Zain serta adik-beradik yang berada di Melaka. Tidak dilupakan ibu mentua, Hasana Yusof, sanak saudara serta kenalan yang mengenali kami. Mohon maaf zahir dan batin, semoga Syawal ini disambut dengan meriah serta diberkati Ilahi sentiasa.
Daripada: Mejar Muhamad Yusriman Yusof dan keluarga
Lokasi: Ankara, Turkiye
Salam Aidilfitri buat semua ahli keluarga tercinta yang berada di Sarawak dan Kelantan. Tidak dilupakan buat saudara-mara serta sahabat handai walau di mana anda berada. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Daripada: Badiozaman Sulaiman
Lokasi: Manchester, United Kingdom
Catatan kerinduan kami utuskan buat seluruh ahli keluarga yang dikasihi, papa, mama, umi, abah, tokmek, dan adik-beradik di kampung Felda Chalok Barat, Marang, Terengganu serta di Padang Kala, Kelantan. Turut dikirimkan kepada sahabat dan warga pendidik di SK Chalok Barat, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Tumpat, University of Liverpool, UiTM Puncak Alam dan warga Felda kesemuanya. Mohon doakan kesejahteraan kami di perantauan agar dipermudahkan segala urusan insya-Allah. Semoga kita berjumpa lagi. Salam Aidilfitri daripada kami.
Daripada: Syafiq, Ilham dan Noah
Lokasi: Debrecen, Hungary















