fbpx

Isteri pertama reda hantar suami kahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gina reda menerima wanita lain sebagai madunya. – TikTok

JAKARTA –  Sebuah video tular memaparkan seorang wanita di Cianjur, wilayah Jawa Barat reda suaminya berkahwin lain, malah turut menyertai rombongan pernikahan lelaki itu, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Gina berkata, dia berlapang dada menerima  isteri kedua suaminya.

“Saya menghantar suami untuk berkahwin lagi, menyaksikan dia bernikah dan menyediakan semua persiapan.

“Awalnya terasa seperti mimpi tetapi saya cuba untuk menahan hati dan berdamai dengan diri sendiri,” katanya.

Menurut Gina, dia mengaku pada awalnya berasa berat untuk memberi izin  suaminya berpoligami kerana bimbang kasih sayang terhadapnya akan merosot.

Namun, selepas menemui calon madunya, Gina akhirnya menerima kehadiran wanita tersebut.

“Dengan hati yang ikhlas dan lapang dada, saya menghantar  suami untuk bernikah lagi. Tidak pernah terbayang bahawa Allah akan memberikan kelapangan hati seperti ini,” ujarnya.

Dalam klip video lain, Gina berkongsi  kehidupannya sesudah hidup berpoligami dan turut memuat naik gambar bersama madunya.

“Kami kerap berjalan-jalan bersama dengan suami, pergi membeli-belah, menonton wayang dan belajar membuat roti untuk dijual bersama-sama,” jelasnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI