fbpx

AHB umum agihan interim 2.5 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (MAM) hari ini mengumumkan agihan pendapatan interim bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.50 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2024.

Ia termasuk pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.20 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.30 sen seunit. Pembayaran bonus dibuat oleh PHB selaku penaja AHB dan akan dibayar kepada 1,000,000 unit pertama yang dimiliki oleh setiap pemegang unit.

Agihan berkenaan melibatkan pembayaran keseluruhan RM116.6 juta kepada kira-kira 80,000 pemegang unit. Pendapatan pemegang unit tidak hanya dikecualikan cukai, malah ia telah dizakatkan. 

Ia akan dibuat dalam bentuk wang tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank pemegang unit pada 15 April 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI