fbpx

[VIDEO] Ibu bapa mengaku abai dua anak hingga kereta rempuh bazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Salasiah (kanan) dan Muhammad Firdaus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini atas tuduhan meninggalkan dua anak yang masih kecil dalam kenderaan dengan keadaan tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan di Bazar Kuala Klawang, di Jelebu, bulan lalu. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

KUALA PILAH – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meninggalkan dua anak kecil dalam kenderaan dalam keadaan enjin tidak dimatikan di Bazar Kuala Klawang, di Jelebu, bulan lalu.

Tertuduh, Siti Salasiah Jumaah, 25, dan suaminya, Muhammad Firdaus Shariman, 33, seorang tukang kebun mengaku bersalah selepas pertuduhan itu di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mereka didapati mendedahkan dua anak berusia lima tahun dan setahun tiga bulan dengan meninggalkan mereka dalam kereta tanpa pengawasan yang mungkin boleh menyebabkan kanak-kanak itu megalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu dilakukan pukul 5.30 petang, di bahu jalan berhadapan tapak bazar Ramadan Kuala Klawang, Jelebu pada 12 Mac lalu.

Sementara itu, Siti Salasiah yang juga suri rumah mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh sebagai pemandu kereta Proton Persona didakwa meninggalkan kenderaan tersebut dalam keadaan enjin tidak dimatikan sehingga mendatangkan kecederaan parah ke atas  lelaki berusia 40 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan fakta kes dan mencadangkan jaminan RM5,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Muhammad Firdaus memohon wang jaminan dikurangkan berikutan dia dalam keadaan susah serta baharu sahaja bekerja sebagai tukang kebun, selain memberi peluang kepada dia dan isteri untuk memperbetulkan keadaan.

Manakala, Siti Salasiah pula memohon jaminan dikurangkan memandangkan mereka benar-benar tidak mampu, selain hari Raya Adilifitri juga sudah hampir.

Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagi pertuduhan bersama dan tarikh sebutan semula kes pada 3 Mei ini.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, Siti Salasiah, hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM1,000 dan tarikh sebutan semula kes pada 2 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI