fbpx

Hujan lebat, ribut petir di lapan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir di lapan negeri sehingga 7 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataanya berkata, hujan lebat dan ribut petir itu dijangka berlaku di utara Semenanjung melibatkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Turut diramal mengalami cuaca buruk adalah sekitar negeri Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang,  Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“ Cuaca buruk sama dijangka tertumpu di bahagian barat Semenanjung iaitu Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) yang mana akan berlarutan sehingga menjelang awal malam.

“ Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang juga diramalkan berlaku di negeri Johor melibatkan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujar MetMalaysia.

Sebaliknya, tiada taburan hujan dan amaran ribut petir yang dikesan di sekitar Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI