fbpx

Cuaca cerah, baik di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik di seluruh kawasan Semenanjung dan Sabah sehingga menjelang awal petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya, berkata, cuaca cerah dan baik dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 35 darjah Celsius itu dijangkakan apabila tiada taburan hujan yang dikesan di kawasan terbabit sehingga menjelang awal petang nanti.

“ Walau bagaimanapun, berikutan dengan fasa peralihan monsun yang melanda negara, tiupan angin dari pelbagai arah dengan kelajuan sederhana diantara 10 hingga 20 km/j berpotensi untuk menghasilkan hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang.

“ Sementara itu, cuaca lembap dengan taburan hujan sederhana masih berlaku di Sarawak yang melibatkan daerah Kapit, Mukah, Bintulu, Limbang dan Miri dan akan beransur reda menjelang tengah hari nanti,” ujar MetMalaysia.

Dalam pada itu, cuaca panas dengan suhu maksimum harian diantara 35 hingga 37 darjah Celsius juga masih melanda beberapa kawasan di Semenanjung yang melibatkan Kelantan (Jeli, Gua Musang), Pahang (Raub, Temerloh, Maran, Bera), dan Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol, Tampin).

“Selain itu, di Sabah yang melibatkan daerah Keningau, dan Tenom serta Limbang, Sarawak juga menghadapi cuaca panas dengan suhu maksimum harian tidak melebihi 37 darjah Celsius,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI