fbpx

Bank Rakyat peruntuk RM1.48 juta bantu asnaf imarah Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA program penyerahan sumbangan oleh Bank Rakyat sempena Imarah Ramadan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 7,400 keluarga asnaf menerima sumbangan bakul makanan berserta wang sumbangan daripada Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) bersempena dengan Ulang tahun ke-70 Bank Rakyat dan Kempen Ramadan Raya ‘Tulus Ikhlas’ pada 29 Mac lalu.

Penyerahan bakul makanan berserta wang sumbangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.48 juta itu telah diserahkan secara serentak kepada 7400 keluarga asnaf di seluruh negara dengan kerjasama semua cawangan Bank Rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, matlamat utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk membuktikan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam mengerakkan aktiviti kebajikan yang menyumbang kepada kebaikan dan kemakmuran bersama.

Menurut beliau, setiap keluarga akan menerima satu bakul makanan dan wang sumbangan yang bernilai RM100 setiap satu bagi membantu memenuhi keperluan seharian mereka dalam menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan sambutan Aidilfitri kelak.

“ Setiap satu bakul makanan akan diisi dengan barangan keperluan asas seperti minyak masak, teh, tepung, gula, kurma, kuih raya serta pelbagai keperluan lain malah mereka juga diberikan tambahan wang sumbangan yang bernilai RM100 setiap seorang.

“ Program ini adalah bukti bahawa Bank Rakyat bukan sahaja komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan merentasi segmen, bahkan sanggup memberi komitmen sepenuhnya kepada mana-mana usaha yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“ Selain daripada dapat mendekati para pelanggan disetiap cawangan Bank Rakyat seluruh negara malah beliau juga bersyukur kerana program seperti masih diteruskan kerana ia merupakan salah satu peluang untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat yang memerlukan,” kata Datuk Dr. Mohammad Hanis.

Tambahnya lagi, inisiatif penyerahan sumbangan bakul makanan ini telah berjaya dilaksanakan selama tiga tahun berturut-turut yang mana ianya bertepatan dengan nilai Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan ihsan antara satu sama lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI