fbpx

[VIDEO] Terkejut lihat rumah jiran disambar petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah rumah disambar petir.

PETALING JAYA – Satu video memaparkan sebuah rumah disambar petir tular di media sosial sejak semalam.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang sedang melalui kawasan perumahan.

Menerusi perkongsian di TikTok nurul_ilmi91, kejadian itu berlaku di kediaman jirannya pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, rumah berkenaan tidak berpenghuni ketika disambar petir tersebut.

“Kejadian Rabu lepas, rumah jiran disambar petir. Ada kerosakan juga dilaporkan.

“Hati-hati semua, musim hujan tak menentu dan kawasan yang biasa dilanda petir kilat ini kena beringat selalu. Risau keselamatan diri, lebih baik duduk dalam rumah,” tulis kapsyen video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut melihat kejadian tersebut selain turut berkongsi pengalaman sama.

“Syukur penghuni tak ada dalam rumah masa kejadian,” kata Nur.

“Rumah saya pernah kena dulu, habis rosak barang-barang elektrik. Yang tengah mandi, yang tengah pegang buai pun terasa elektrik,” kata Faten.

“Dulu pernah kena dah cabut semua plag kecuali peti sejuk, tapi kena juga yang dah cabut tu. Astro, mesin basuh pecah, TV rosak, lampu-lampu ada yang tak hidup,” kongsi Rohahanie.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 2.3 juta kali. – KOSMO! ONLINE

@nurul_ilmi91 kejadian Rabu lepas..rumah jiran disambar petir. ada kerosakan juga dilaporkan hati² semua..musim hujan tak menentu & kawasan yang biasa dilanda petir kilat ni kena beringat selalu..risau keselamatan diri.better duduk dalam rumah 👌#telukintan #petir #fyp ♬ original sound – nurul_ilmi91

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI