fbpx

[VIDEO] Rumah warna-warni, kalah kedai tomyam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukan kemeriahan lampu raya dipasang oleh seorang pemilik rumah.

PETALING JAYA – Keterujaan orang ramai untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri semakin terasa apabila ada penduduk sanggup menghias rumah mereka dengan memasang lampu LED RGB di setiap bahagian dan penjuru rumahnya.

Menerusi perkongsian video oleh @Cikgu_Anep di laman X, kediaman itu sudah kelihatan bercahaya dan terpancar kelip dari jarak jauh dan sangat menarik perhatian orang ramai ketika memandu di jalan tersebut.

Kebiasaannya, apabila tiba waktu raya, rumah akan dihiasi dengan lampu kelap-kelip serta lampu pelita yang akan disusun di hadapan rumah, namun bagi pemilik kediaman ini, dia inginkan keriangan luar biasa untuk raya tahun ini.

Rata-rata pengguna media sosial teruja dengan keceriaan rumah tersebut.

“Dah macam gaya rumah orang putih waktu Krismas, tapi ‘nice’ lah kalau banyak rumah buat macam ni, rasa ‘vibe’ nak raya,” komen @gaeulblossm.

“Lagi kaboom kalau pokok-pokok kat laman rumah dan tepi-tepi rumah digantungkan lampu tu juga, baru betul semarak semangat raya,” komen @tuiter40.

“Benda yang dari dulu aku anggap kelakar, tapi sampai sekarang aku pun buat juga. Lampu liplap ni sampai kat pokok kelapa pun aku letak cuma pakai yang solar,” komen @hasry90.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 100,000 tontonan, 2,000 tanda suka dan 1,200 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI