fbpx

Niagara Falls isytihar darurat hadapi gerhana matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong merakam swafoto ketika melawat Air Terjun Niagara di sebelah Kanada pada 7 November 2021. - AFP

TORONTO – Pihak berkuasa bandar Niagara Falls di Kanada bersiap sedia mengisytiharkan darurat bagi mengalu-alukan kedatangan kira-kira sejuta pelawat yang mahu menyaksikan fenomena gerhana matahari pada awal bulan depan, lapor akhbar The Guardian.

Gerhana matahari penuh pada 8 April ini akan dapat dilihat buat pertama kali di wilayah itu sejak 1979.

Air Terjun Niagara yang terletak di bahagian bandar tersebut telah diisytiharkan oleh National Geographic sebagai salah satu tempat terbaik untuk melihat fenomena itu. 

Datuk Bandar Niagara Falls, Jim Diodati berkata, beliau menjangkakan kedatangan paling ramai pelawat yang pernah direkodkan bandar tersebut dalam masa sehari.

Justeru, pihak berkuasa perbandaran secara proaktif memohon tindakan darurat untuk sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi keadaan itu.

Pengisytiharan itu termasuk menggerakkan beberapa alat perancangan tambahan untuk hari berkenaan, yang mungkin melibatkan kesesakan lalu lintas besar-besaran, permintaan lebih tinggi terhadap perkhidmatan kecemasan dan kesesakan rangkaian telefon bimbit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI