fbpx

Ahli perniagaan rugi hampir setengah juta ditipu ‘Inspektor Hazizi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM418,200 lesap ditipu lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis yang mendakwanya terlibat dalam kes jenayah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kejadian bermula pada 27 Februari lalu selepas mangsa berusia 36 tahun menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Hazizi.

Katanya, suspek beritahu mangsa terlibat dalam kes jenayah dan terdapat satu waran tangkap yang dikeluarkan atas namanya.

“Suspek memberitahu mangsa sekiranya mahu dibebaskan, dia perlu membuat pembayaran wang seperti mana yang ditetapkan.

“Disebabkan ketakutan, mangsa melakukan pembayaran dari tempoh 27 Februari hingga 26 Mac lalu. Sebanyak tujuh transaksi dilakukan dalam enam akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM418,200,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sebelum pemindahan wang dilakukan, suspek memberitahu semakan di Bank Negara mendapati lelaki itu mempunyai akaun simpanan tetap dan memintanya menukar kepada akaun simpanan biasa.

Katanya, tindakan suspek itu menyebabkan mangsa curiga memandangkan dia tidak pernah mendedahkan maklumat perbankannya kepada individu lain.

“Mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan polis di Taiping semalam. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 kerana menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI