fbpx

Peluang Rifdean raih kontrak AS$100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIFDEAN (kiri) berjaya meraih kemenangan TKO ke atas Pichai pada aksi One Friday Fights 56 di Bangkok baru-baru ini.

JAGUH muay thai negara, Mohammad Rifdean Masdor berpeluang meraih kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 atau kira-kira RM473,000 selepas menampilkan aksi memukau sewaktu perlawanan pertamanya pada Jumaat lalu.

Atlet berusia 21 tahun itu turun dengan aksi cukup agresif apabila berjaya menumbangkan jaguh muay Thailand, Pichai Lookbanmai dalam pertarungan One Friday Fights 56 di Lumpinee Boxing Stadium, Bangkok selepas rebah berpunca terkena penangan ‘flying knee’.

Rifdean meraih kemenangan technical knockout (TKO) sekali gus membawa pulang bonus berjumlah 350,000 baht daripada One Championship.

Jurulatih Rifdean, Bernard Radin berkata, dia percaya anak didiknya itu mampu memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 seterusnya membawa pulang tali pinggang kejuaraan ke tanah air.

“Dengan pengalaman Rifdean dan melakar kemenangan sebelum ini, saya rasa dia tiada masalah untuk meraih kontrak AS$100,000 daripada ONE Championship.

“Tetapi Rifdean perlu melakar tiga kemenangan pada tahun ini. Saya yakin bukan sekadar kontrak, dia juga mampu meraih tali pinggang ONE Championship.

“Apa yang telah dipersembahkan Rifdean akan menjadi semangat kepada atlet-atlet di seluruh negara kerana mereka juga mampu bergelar juara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beberapa atlet negara sudah mula menempah nama di pentas ONE Championship antaranya jaguh muay thai remaja kebangsaan, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan juga Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.

Kedua-dua atlet tersebut berjaya meraih kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 setelah menumbangkan lawan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN