fbpx

Lima daerah di Sarawak tiada hospital – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Sarawak, hari ini bagi mempengerusikan Taklimat Pembangunan Sarawak.

PETALING JAYA – Lima daerah di Sarawak masih tidak mempunyai hospital walaupun penduduk melebihi 30,000 dan terdapat pecahan signifikan terhadap bilangan sekolah yang tiada peruntukan pembangunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibincangkan pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan beliau, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, perbincangan selama hampir satu jam 30 minit itu menyentuh pelbagai isu, cabaran, perancangan dan keperluan bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan dan sekolah daif di Sarawak.

“Antaranya mengenai kekurangan nisbah perkhidmatan kepakaran perubatan kepada penduduk berbanding purata nasional, kekurangan institusi perubatan khas bagi rawatan kanser, wanita dan kanak-kanak, rehabilitasi, perubatan respiratori, pusat darah dan kepakaran pergigian.

“Saya gesa Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta semua kementerian dan agensi berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Sarawak secara berkesan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut bersetuju agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan proses pembinaan Pusat Kanser Sarawak.

Kata beliau, projek-projek itu merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat khususnya warga Sarawak di luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI