fbpx

Fadhlina lapor polis isu perkataan kafir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran hantaran berbaur fitnah terhadapnya di laman sosial.

Ia merujuk kepada satu video tular memaparkan Fadhlina yang didakwa menolak penggunaan label kafir ketika berucap dalam satu majlis.

Fadhlina berkata, beliau telah menerima kata-kata berbaur kebencian, tuduhan tidak benar malah ancaman keselamatan di alam maya.

“Laporan polis telah dibua, atas faktor keselamatan. Atas nasihat pasukan peguam pula, semua bukti daripada hantaran, komentar, dan mesej peribadi di media sosial yang pelbagai sedang dikumpulkan dan tindakan undang-undang akan diambil.

“Mungkin ada yang memang bertindak dengan sengaja, ada pula melulu atas kejahilan. Allah maha mengetahui,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Fadhlina menolak penggunaan label kafir dan mengharamkan anak-anak beliau menggunakan perkataan tersebut di rumah.

Penyebaran hantaran tersebut telah membuatkan Fadhlina menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen sehingga mengancam keselamatan dirinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI