fbpx

Dua pelajar Malaysia terkorban kemalangan di New Zealand – Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan dua pelajar Malaysia terkorban dalam insiden kemalangan jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand hari ini.

Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington mengesahkan insiden berkenaan berlaku pada pukul 1.45 petang waktu tempatan.

Katanya, turut terlibat dalam kemalangan itu tiga orang pelajar dan mereka diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands untuk mendapatkan rawatan segera.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

“Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan tadi.

Dalam pada itu, Wisma Putra merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di alamat 10 Washington Avenue Brooklyn PO Box 9422 Wellington atau menghubungi talian +64-4-3852439 atau +64-210440188 atau email ke [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI