fbpx
NURIATI menunjukkan pukat ketam yang rosak akibat dilanggar bot pukat tunda di Pengkalan Nelayan Kampung Badong, Merchong, Pekan.

Ketam pupus angkara bot pukat tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Keunikan jualan ketam segar terus dari laut di Pengkalan Nelayan Kampung Badong, Merchong, di sini yang menjadi tumpuan sejak sekian lama bakal lenyap akibat aktiviti bot pukat tunda yang terus berleluasa di kawasan perairan tumpuan nelayan kecil itu.

Kewujudan bot pukat tunda bukan sahaja merosakkan habitat ketam yang banyak di kawasan itu, malah memberi kesan signifikan kepada nelayan kecil yang kehilangan hasil dan terbeban akibat pukat yang hilang serta rosak dilanggar bot pukat tunda.

Seorang nelayan, Rozaidy Othman, 47, berkata, keadaan yang berlarutan sejak sekian lama itu menjejaskan lebih 50 nelayan di kawasan itu yang terpaksa menanggung kerugian saban hari.

“Kita sendiri memang tidak mampu membanteras, kalau ternampak dan bercakap dengan mereka (kru bot pukat tunda) pun tidak dipedulikan. Aktiviti ini dijalankan siang dan malam.

“Kalau malam memang kami letak lampu, kadangkala mereka ini seperti sengaja melanggar pukat-pukat kami,” katanya di sini semalam.

Seekor ketam yang ‘hancur’ akibat dilanggar bot pukat tunda.

Menurutnya, pada masa ini nelayan tidak dapat menahan pukat di kawasan yang biasanya mempunyai banyak ketam ke­rana kewujudan bot pukat tunda berkenaan.

Tambahnya, banyak aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini tiada tindakan tuntas yang dilakukan.

Nuriati Mustafa, 34, berkata, pada semalam sahaja menyaksikan empat daripada lima pukat yang ditahan di laut bersama suaminya telah dilanggar bot pukat tunda.

“Sedih dan kecewa sangat, empat daripada lima pukat kena tunda, jualan untuk duit minyak pun tidak cukup, hendak kena buat pukat baharu pula dengan kos RM1,000 satu pukat.

“Apalah nasib kami ini kalau berterusan begini, duit untuk beli baju raya dan persiapan raya anak pun tidak ada lagi,” katanya.

Ismail Mohamad, 70, berkata, dahulu dia boleh dapat satu hingga dua tan ketam sehari dan pernah meraih RM16,000 dalam tempoh tiga bulan.

“Bagaimanapun kini semua­nya lenyap, hari ini saya hanya dapat enam ekor ketam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN