MUHAMMAD FADHLAN (tengah) bersama Alkmar Azrin (kiri) dan Ahmad Yazid merupakan pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Al-Ahmad, Tapah.

‘Elaun imam tarawih ini untuk ibu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Tiga pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Al-Ahmad, Kampung Kassim dipilih menjadi imam dan bilal solat tarawih di masjid atau surau setiap kali tiba bulan Ramadan.

Muhammad Fadhlan Afiq Norazizi, 19, Alkmar Azrin Anuar dan Ahmad Yazid Amir masing-masing 18 tahun dibayar elaun sehingga RM1,500.

Mereka turut menerima saguhati daripada kariah selain pemberian termasuk jubah.

Muhammad Fadhlan berkata, ini merupakan tahun keempat beliau menjadi imam tarawih dan kali ini di Surau Al-Ehsaniah Tapah.

“Pada awalnya agak gementar sebab kariah biasanya orang yang lebih berusia dan ada penge­tahuan agama. Lama- kelamaan alah bisa, tegal biasa,” katanya ketika ditemui semalam.

Muhammad Fadhlan me­nerima wang saguhati RM1,500 bermula 1 hingga 27 atau 28 Ra­madan.

“Wang itu saya berikan kepada ibu bagi menyara kami lapan beradik. Ibu saya menjual kuih selepas kematian bapa tiga tahun lalu. Perbelanjaan tahfiz pula di­biayai sepenuhnya oleh pihak pentadbir selain sumbangan orang ramai,” katanya.

Alkmar Azrin yang bertugas sebagai bilal di Masjid Al-A’la Chenderong Balai, Teluk Intan pula memberitahu, ini kali pertama dia menggalas amanah tersebut dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya diberikan saguhati RM800 dan semua wang itu akan diserahkan kepada keluarga kerana ayah bekerja sebagai pemandu lori, manakala ibu pula suri rumah,” katanya.

Bagi Ahmad Yazid yang bertugas sebagai imam tawarih di Surau An-Nur, selain saguhati daripada pihak surau, dia turut mendapat wang pemberian ikhlas kariah selain cenderamata.

“Kadang-kadang pemberian tunai itu boleh cecah empat ang­ka selain hadiah jubah, serban, tasbih, kain pelekat dan songkok,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN