fbpx

Pejuang isu stoking kalimah Allah tidak langgar 3R – Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akmal (kanan) merasmikan Dewan Dato' Haji Nik Dir di Bangunan UMNO Bahagian Marang hari ini.

MARANG – Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengajak pengguna terus memboikot kedai serbaneka, KK Mart tidak berkaitan dengan isu agama, bangsa dan institusi raja (3R).

Beliau menegaskan kedai serbaneka tersebut diboikot bukanlah atas dasar kaum tetapi untuk memberi pengajaran atas penjualan stoking bercetak kalimah Allah yang mengguris perasaan umat Islam.

“Boikot (KK Mart) bukan isu 3R, saya konsisten tidak berganjak meminta rakyat terus memboikot dengan tenang untuk beri pengajaran.

“Kita tidak sentuh mana-mana, agama, bangsa dan kaum,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Dato’ Haji Nik Dir di Bangunan UMNO Bahagian Marang di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menasihatkannya menghentikan kecaman setelah pengasas kedai serbaneka itu dihadapkan ke mahkamah, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain juga mengingatkan semua pihak berhenti membangkitkan isu 3R termasuk stoking tertera kalimah Allah.

Muhamad Akmal berkata, tindakan memboikot tersebut merupakan hak pengguna yang mahu mempertahankan kesucian agama Islam.

“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberi dokongan dalam isu mempertahankan kalimah Allah ini kerana prinsip parti kekal mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI