fbpx

Pakai baju Melayu, tunjuk ‘asam keping’ tak beradab – Hun Haqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hun kecewa dengan sebilangan pereka fesyen yang sanggup 'melacurkan' baju Melayu demi mengaut keuntungan peribadi.

PETALING JAYA – Melihatkan trend baju Melayu dimodenkan kebanyakan pereka fesyen dengan perincian pelik, pelakon Hun Haqeem melabel perbuatan tersebut sebagai tidak beradab.

Hun atau nama lengkapnya Haqeem Hermy, 26, menegaskan orang Melayu mempunyai kesopanan tinggi yang harus dijaga lebih-lebih lagi dalam menonjolkan identiti baju Melayu.

“Saya kecewa apabila tengok pereka fesyen mereka baju Melayu yang jarang seolah-olah sudah melanggar erti kemelayuan.

“Tiada songkok pun tak lengkap sebab sebagai orang Melayu kita terkenal dengan sifat sopan santun, beradab dan beradat.

“Kalau tunjuk ‘asam keping’, tak jadi beradablah. Apa-apa pun berbalik kepada kita punya asas dan rumpun siapa kita,” katanya kepada Kosmo! Online semasa majlis pelancaran filem Game Of Life The Movie, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelakon drama Kampung People itu beranggapan baju Melayu tidak perlu dimodenkan supaya menjaga nilai estetika baju tradisional terbabit.

“Kalau nak memodenkan sesuatu kena pergi kepada asas.

“Nak buat sesuatu kalau calarkan kesopanan Melayu akan rosak juga nama bangsa Melayu. Benda macam itu kena jaga.

“Boleh nak ikut gaya Barat tetapi bila lagi mahu ambil peluang tunjuk dekat luar sana bahawa baju Melayu adalah pakaian seragam kita,” ujarnya lagi.

Kata Hun lagi, dia akan berkongsi pandangan tersebut supaya orang ramai lebih peka dengan keaslian Melayu.

“Baju Melayu ini macam sut. Rasa tampan kalau pakai lengkap.

“Saya akan kongsikan perspektif ini kepada orang ramai supaya dapat lebih meluas,” tutur anak jati Sarawak itu.

Sebelum ini, ramai pereka fesyen memperagakan persalinan rekaannya bersempena hari raya Aidilfitri.

Ada juga di antara pereka fesyen yang sanggup ‘melacurkan’ identiti baju Melayu demi menampakkan hasil rekaan segar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI