fbpx

Lelaki langgar lampu merah maut dirempuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas selepas dipercayai melanggar lampu isyarat di kilometer 0.5, Jalan Bahau-Rompin, tengah malam tadi. - Foto IHSAN POLIS

JEMPOL – Kurang 24 jam selepas seorang penunggang motosikal maut dirempuh bas ekspres kerana melanggar lampu isyarat di daerah ini, satu lagi kes serupa berlaku di kilometer 0.5, Jalan Bahau-Rompin, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 12.02 tengah malam itu, penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 42 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan juga kenderaan jenis Perodua Aruz dipandu oleh seorang wanita berusia 39 tahun dari arah Bahau menuju ke Taman Kasih Putera.

“Ketika itu lampu isyarat sedang berwarna hijau dan kenderaan tersebut telah meneruskan perjalanan. Setiba di lokasi kejadian, tiba-tiba terdapat sebuah motosikal ditunggang oleh seorang lelaki telah melanggar lampu isyarat merah dan terus membelok masuk ke simpang sebelah kiri kenderaan tersebut.

“Ini menyebabkan kenderaan tersebut melanggar motosikal di persimpangan lampu isyarat. Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta patah pada bahagian tangan sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI