fbpx

Peniaga lemang perlu dapatkan lesen – MBJB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Peniaga lemang di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) perlu mendapatkan lesen untuk menjual produk makanan tersebut.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, arahan itu berkuatkuasa serta-merta.

Menurut beliau, pihaknya telah meluluskan 18 lokasi penjualan lemang di sekitar kawasan bandar raya ini.

“Peniaga diingat untuk mematuhi syarat lesen yang telah ditetapkan dan memastikan keselamatan kawasan pembakaran lemang kerana cuaca panas dan kering pada ketika ini meningkatkan risiko kebakaran kawasan sekitar sekiranya tidak dikawal dengan baik.

“Mereka juga diminta mengambil inisiatif dengan menyediakan peralatan asas pemadam kebakaran sebagai langkah keselamatan tambahan sepanjang tempoh penjualan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB Bilangan 3/2024 di Menara MBJB, di sini hari ini.

Sementara itu, pihaknya turut memaklumkan bahawa permohonan lesen penjualan lemang hanya terbuka kepada warga negara yang berusia 18 tahun ke atas.

“Antara syarat yang ditetapkan adalah perlu memiliki sijil suntikan anti tifoid, sijil kursus pengendali makanan, salinan surat sokongan daripada polis, lesen pendaftar perniagaan dan foto lokasi perniagaan.

“Tiada jumlah bayaran ditetapkan bagi mendapatkan lesen berkenaan, sebaliknya bayaran bergantung kepada lokasi dan bilangan hari jualan yang dirancang,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI