fbpx

Arif Aiman terlebih layak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN ditabalkan sebagai pemain terbaik Liga Malaysia untuk musim ketiga berturut-turut pada ABK23 kelmarin. - FB JOHOR DARUL TA'ZIM

BINTANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi layak untuk melakar kemenangan hatrik bagi gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M) 2023 pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023.

Prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Arif bersama Harimau Selatan sepanjang tahun lalu menyaksikan dia menjadi pemain kedua selepas Norshahrul Idlan Talaha mencipta gelaran hatrik MVP sepanjang sejarah penganjuran ABK.

Bekas pemain skuad kebangsaan, Razman Roslan berpendapat Arif yang kini berusia 22 tahun memiliki merit yang cukup sempurna untuk ditabalkan sebagai MVP buat kali ketiga berturut-turut.

“Bagi saya anugerah ini sebenarnya subjektif, namun kita boleh lihat daripada segi statistik dan fakta yang telah pemenang tampilkan sepanjang saingan liga musim lepas.

“Bagi saya setiap pemenang ada kelebihan masing-masing dan sudah tentu layak dengan anugerah yang diterimanya,” kata bekas pertahanan Selangor itu.

Sementara itu, bekas kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Radzak percaya minit permainan yang dimiliki Arif menjadi kunci utama kenapa dia boleh kekal konsisten sejak beberapa musim lepas.

“Kita ada beratus pemain dalam liga dan apa yang membezakan mereka adalah minit permainan.

“Arif Aiman dapat bermain dengan minit permainan yang banyak dan kita tidak tahu jika ada pemain yang lebih bagus, tetapi tiada rezeki (buktikan kemampuan) jika tiada minit permainan secukupnya,” kata Zaquan.

Sebagai rekod, Arif berjaya meledak 12 gol pada kancah Liga Super pada tahun lalu dan berjaya membantu JDT menjulang gelaran ‘double quadruple’ dengan mendominasi saingan liga, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Selain Anugerah MVP, pemain kelahiran Pahang ini turut mendominasi empat lagi anugerah lain iaitu Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik Liga M 2023 selain berkongsi Anugerah Kasut Emas (Tempatan) bersama pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI