fbpx

Didakwa buat ugutan bunuh sebab kekasih minta putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh dan mencederakan kekasihnya selepas berang mangsa mahu memutuskan hubungan Januari lalu.

Tertuduh, N. Eesun, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dihadapinya di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Pemuda itu didakwa menakutkan secara jenayah untuk membunuh mangsa yang berusia 47 tahun pukul 8.30 pagi di sebuah rumah pangsa di Taman Anika di sini pada 15 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Tertuduh juga didakwa meletakkan sebilah pisau di tepi hidung sehingga menyebabkan mangsa cedera di masa, tempat dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Hafiz Sulaiman Rathakrishnan, 28, menggunakan pisau di bawah pondok berdekatan kolam air pancut di Jalan Baru, di sini pada tarikh sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Isshar mencadangkan jaminan sebanyak RM16,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan. Tertuduh bagaimanapun merayu agar jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500  dan menetapkan tarikh 14 Mei ini sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI